kerendahan hati..


Dalam beberapa bulan ni frasa kata yang aku sering tanam dan “ikat” dalam minda dan sebolehnya dlm perlakuan aku ada “kesetiaan” , bahkan sampai pendekatan dlm hal sekeliling aku termasuk muzik yang aku ingin dengarkan juga kalau boleh ianya menyelitkan unsur kesetiaan, kalaupun hanya pada 0.09% tetap ada. Setia pada Tuhan ( dgn segala upaya ), setia pada kekasih, setia pada kawan. Sudah cuba untuk sedaya yang mampu belajar setiap hari utk memperkatanya dan seharusnya melaksananya, supaya erti dari kesetiaan itu bukan hanya pada “kata” yang tidak bermakna. Dan sekarang sudah tiga bulan berlalu dalam tahun 2009 dan tidak lama lagi masuk bulan april… sekarang mahu cuba frasa baru utk ditanamkan dlm “minda” iaitu kerendahan hati.

Kerendahan hati ? pasti banyak dari kita akan ckp “whatever” lah nabila haha sebab aku memang sebati dgn tahap ke’ego”an diri yang kebal dari kerendahan hati, ini aku akui sebab selalu kita berbicara dgn orang lain, bah kan kadang2 kita berani bercakap tentang kesetiaan dan kerendahan hati tetapi kita lupa bahawa apa yang kita katakan itu “jauh” dari hidup kita.

Memang berat untuk merealisasikan frasa “kerendahan hati”, sebab bila kita “masuk” dalam bahagian ini bererti kita berbicara tentang “menerima setiap orang apa adanya”, even dengan orang yang membuat kita membencinya setengah mati, dgn frasa ini juga aku harus menghargai setiap orang yang serba kekurangan dalam segala hal ( aku bkn bercakap pasal harta benda ).. bahkan secara extrim nya sampai pada tahap mampu berkata bahawa “sakit” itu baik, kenapa ? sebab aku mempunyai pemahaman bahawa Tuhan memang menciptakan manusia utk mengalami “sakit” sebab bila kita mengalaminya kita akan mendapat banyak “pelajaran” dari keadaan itu.

Memang mudah untuk kita bercakap tentang “kerendahan hati” tetapi kita masih selalu lari dari orang orang yang kita anggap menganggu kita, menyukai mereka yang kita “pilih” berdasarkan kreteria tertentu, dalam ertikata lain kita telah menetapkan standard dan ukuran bagi orang yang ingin kita dekati dan jadikan kawan. Malah kita juga membuat pilihan dalam hal sekecil “untuk” bercakap kosong dengan seseorang. Jadi bahagian mana “kerendahan hati” kita ? bercakap memang jauh lebih mudah dari melaksananya, sebab hal ini “KERENDAHAN HATI” adalah frasa paling rumit dan paling susah dalam kebanyakan pembawaan diri kita zaman ini, kita malah menetapkan yang kita ada HAK tuk privasi diri dan tidak suka diganggu, bukankah semua itu berkaitan dgn “kerendahan hati” ?

So aku seboleh yang mungkin mengambil langkah mulai dari saat ini mahu berkata dan memohon pada Tuhan dan berkata “Tuhan aku mahu menjadi sahabat bagi mereka2 yang aku “tolak”, aku mau mereka merasa dihargai, membuat mereka merasa sebagai orang2 yang unik dan istemewa, membalas setiap sms orang2 dgn perlunya (ya kalau masih kreditnya ada 0.15 sen haha ) … yeah aku mahu mulakan dengan hal itu :P

1 comments:

R A S S said...

urmm.... berbunge betol la ayat ko nie..
byk pegi taman bunge ker?? :D

kne bg faham byk kali bau bleh aku mengeti pe bende yg ko try and cube test smpai kan...(agaknye la)

hehehehe

keep it cool gurl